ADUN Mambong Sumbang Petrol RON95 & Diesel Kepada Petugas PKPD Di Kampung Segu Bunuk

RABU, 25 OGOS 2021

PADAWAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Datuk Dr Jerip Susil terus prihatin dengan keperluan petugas sukarelawan di kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Segu Bunuk.

Beliau yang juga Menteri Muda Pengangkutan Sarawak dalam pada itu menghulurkan sumbangan 110 liter petrol RON95 dan diesel yang disampaikan menerusi Pusat Khidmat Masyarakat DUN Mambong pada Selasa.

Sumbangan tersebut adalah bagi membantu para petugas melancarkan proses penghantaran bantuan makanan kepada penduduk yang terkesan dengan pelaksanaan PKPD di kawasan itu. –EDISI UKAS