Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Simunjan Sumbang Bantuan Makanan Kepada 182 KIR

RABU, 25 OGOS 2021

SIMUNJAN: Seramai 182 Ketua Isi Rumah (KIR) di Simunjan telah menerima sumbangan bekalan makanan daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Simunjan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Samarahan pada Rabu.

Penerima bantuan melibatkan penduduk Kampung Simpang Semalatong, Kampung Semalatong Lama, Kampung Semalatong Baru, Kampung Semalatong Indah, Kampung Sungai Semabang dan Kampung Sibau Rumbau.

Bantuan makanan diagihkan oleh sukarelawan daripada Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Simunjan , PKMD Simunjan termasuk Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung tersebut.

Penduduk kampung merakamkan penghargaan kepada pihak PKMD Simunjan dan JKM Bahagian Samarahan atas sumbangan yang diberikan bagi meringankan beban mereka ketika menjalani pelaksanaan Perintah Pergerakan Kawalan Diperketatkan (PKPD) sejak 21 Ogos lepas sehingga 3 September ini. –EDISI UKAS