Persatuan Bekas Polis Malaysia Bintangor Terima Geran MRP ADUN Meradong

RABU, 25 OGOS 2021

MERADONG: Persatuan bekas polis Malaysia di Bintangor menerima peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berjumlah RM2000.

Penyerahan geran itu disempurnakan Datuk Ding dalam majis ringkas di Pusat Khidmat DUN Meradong pada Selasa.

Beliau berharap persatuan berkenaan akan memanfaatkan peruntukan yang disumbang dengan sebaiknya untuk menjalankan aktiviti tahunan persatuan.

Jelasnya, sumbangan persatuan bekas polis Malaysia di Bintangor sentiasa dihargai sambil berharap setiap anggota yang telah bersara masih lagi berhubung antara satu sama lain. – EDISI UKAS