Persatuan Hakka Miri Sumbang 12 Set Elektrik Spray Drum 20 Liters Dan Elektrik Air Blower Sprayer

RABU, 25 OGOS 2021

MIRI: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri akan menerima 12 set Elektrik Spray Drum 20 Liters dan Elektrik Air Blower Sprayer sumbangan Persatuan Hakka Miri  secara berperingkat yang akan mempercepatkan tugasan kerja-kerja operasi sanitasi setiap hari yang dilakukan oleh pasukan Bomba.

Menurut Ketua JBPM Zon 6 Miri PgKB 1 Law Poh Kiong, 12 set Elektrik Spray Drum 20 Liters dan Elektrik Air Blower Sprayer ini akan dibahagikan kepada 4 balai di Zon 6.

“Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng, Balai Bomba dan Penyelamat Central Miri, Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah, Balai Bomba dan Penyelamat Marudi masing-masing akan dibahagikan 3 set.

“Sebelum ini pasukan Bomba bergantung kepada  penyembur manual untuk menjalankan operasi sanitasi dan dengan adanya set Elektrik Spray Drum 20 Liters dan Elektrik Air Blower Sprayer ini akan lebih mudah untuk kerja sanitasi dan mempercepatkan kerja sanitasi menyelesaikan tugasan harian,” katanya semasa ditemui selepas menerima barangan daripada Ketua Pemuda Persatuan Hakka Miri Sally Liew Li Kheng pada Selasa. 

Law turut mengucapkan terima kasih kepada Presiden Persatuan Hakka Miri Datuk Lee Kim Shin dan Persatuan Hakka Miri di atas sumbangan barangan keperluan ini kepada JBPM Zon 6 Miri.

Begitu juga kepada golongan masyarakat, persatuan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan para penderma di atas sokongan dan bantuan mereka kepada Bomba di sepanjang tempoh wabak COVID-19.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Hakka Miri Liew memberitahu sepanjang tempoh wabak COVID-19, pasukan Bomba keletihan dalam melakukan tugas sanitasi di tempat awam setiap hari.

Dengan adanya Elektrik Spray Drum 20 Liters dan Elektrik Air Blower Sprayer ini akan dapat meringankan tugasan mereka.

Hadir sama Naib Pemuda Andy Jong Wan Joon.-EDISI UKAS