Bangunan Kerajaan, Swasta Kini Dihiasi Bendera Malaysia Dan Sarawak

KHAMIS 26 OGOS 2021

KUCHING: Pengibaran Jalur Gemilang menjelang Hari Kebangsaan yang bakal tiba, mendapat sambutan yang baik daripada penduduk di sekitar bandaraya ini.

Menerusi tinjauan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di sekitar Kuching pada Rabu, semua bangunan milik kerajaan dan swasta dilihat telah mula mengibarkan bendera Malaysia dan Sarawak.

Pengibaran Jalur Gemilang merupakan salah satu cara untuk menzahirkan semangat patriotik terhadap negara dan negeri.

Ia menunjukkan rakyat Sarawak menyedari kepentingan mengibarkan Jalur Gemilang walaupun Hari Kebangsaan tidak disambut secara besar-besaran pada tahun ini.

Sehubungan itu, orang awam diseru untuk mengibarkan Jalur Gemilang di premis, kediaman atau kenderaan masing-masing bagi menyemarakkan lagi sambutan pada tahun ini.-EDISI UKAS