Pekebun Kecil Tarik Nafas Lega Program Peladang Prihatin Sarawak Bantu Jana Pendapatan

KHAMIS, 26 OGOS 2021

LAWAS: Pekebun kecil di daerah Lawas menarik nafas lega apabila Jabatan Pertanian Sarawak dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lawas meneruskan Peladang Prihatin Sarawak yang sekaligus membantu menjana pendapatan mereka. 

Ekoran penularan pandemik COVID-19, Jabatan Pertanian Sarawak dan PPK Daerah Lawas telah membeli buah-buahan  dan hasil tani daripada pekebun kecil dan berjaya mengumpul lebih kurang 8 tan dalam tempoh dua hari. 

Kesemua buah-buahan itu telah diagihkan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Sari ke 5 buah kampung dengan penghantaranya diadakan pada Rabu.  

Keprihatinan Jabatan Pertanian Sarawak dan PPK Daerah Lawas membeli buah-buahan ini telah disambut baik pekebun kecil yang sekurang-kurangnya membantu mendapatkan pendapatan mereka dalam situasi yang berlaku pada hari ini.

Hadir sama Pengurus Besar PPK Daerah Lawas Dison Tagal, Setiausaha PBB DUN Bukit Sari Awang Ibrahim dan Ahli Jawatankuasa PBB DUN Bukit Sari.-EDISI UKAS