PKPD: TBS Cawangan Samarahan Sumbang Makanan Untuk Penduduk Taman Samarindah

KHAMIS 26 OGOS 2021

KOTA SAMARAHAN: Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Cawangan Samarahan telah menyumbang bungkusan makanan untuk penduduk di Taman Samarindah yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 17 Ogos lepas.

Sebanyak 3,000 bungkus bantuan yang berupa makanan asas telah diserahkan epada wakil jawatankuasa komuniti pada Khamis.

Simbolik penyerahan  itu telah disampaikan oleh Pegawai Daerah Samarahan, Anuar Da’an yang turut disertai Ketua Cawangan Tabung Baitulmal Samarahan, Norzahan Bahani.

Sehubungan itu, pihak jawatankuasa komuniti merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak TBS Cawangan Samarahan atas keprihatinan membantu meringankan bebanan penduduk di saat sukar ini.-EDISI UKAS