Pusat Khidmat DUN Pantai Damai Sumbang Bantuan Kepada Pesakit Diabetes

KHAMIS, 26 OGOS 2021

KUCHING: Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai telah menyalurkan sumbangan berupa bantuan perubatan dan pek makanan kepada seorang penduduk Kampung Pasir Pandak pada Khamis.

Penerima bantuan tersebut, Yakrani Wet, 66, merupakan pesakit diabetes yang telah menjalani pembedahan dan masih menjalani rawatan serta pemantauan perubatan.

Beliau seterusnya menzahirkan ucapan terima kasih kepada Pusat Khidmat DUN Pantai Damai diatas keprihatinan dan sumbangan tersebut. -EDISI UKAS