Toh Puan Raghad Sumbang Wang Tunai Dan Bantuan Makanan Asas Dalam Majlis Jalinan Kasih

KHAMIS, 26 OGOS 2021

KUCHING : Isteri kepada Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib telah  hadir menyempurnakan  Majlis Jalinan Kasih bagi menyumbangkan bantuan makanan asas serta wang tunai kepada 40 individu dari Kampung Rampangi Fasa 2 dan Kampung Rampangi Skim di di sini pada Khamis.

Majlis ringkas anjuran Pejabat Yang-Dipertua Negeri Sarawak itu turut dihadiri oleh Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah.

Menteri Muda Di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam & DBKU) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi juga hadir sama dalam program berkenaan.

Sementara itu, Datuk Abdul Rahman memberitahu, bantuan itu diharapkan dapat membantu meringankan bebanan penerima berdepan dengan pandemik COVID-19. -EDISI UKAS