JUMAAT, 27 OGOS 2021
SIBURAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Datuk Dr Jerip Susil menghulurkan bantuan makanan kepada penduduk Kampung Sungai Duuh yang menjalani pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sehingga 31 Ogos ini.
Bantuan makanan kali ini melibatkan 303 Ketua Isi Rumah (KIR) dari kampung tersebut yang merupakan bantuan fasa kedua diagihkan menerusi Pusat Khidmat DUN Mambong.
Datuk Dr Jerip berharap agar bantuan itu dapat membantu meringankan beban penduduk kampung yang terkesan akibat pelaksanaan PKPD. –EDISI UKAS