JUMAAT, 27 OGOS 2021
KUCHING: Lembaga Pelabuhan Bintulu (BPA) menyerahkan sumbangan sebanyak RM1 juta kepada Tabung Bencana Negeri Sarawak bagi membantu kerajaan negeri menangani pandemik COVID-19 serta program vaksinasi yang giat dijalankan di negeri ini.
Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Pengerusi BPA, Datuk Robert Lawson Chuat kepada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini pada Jumaat.
Dalam pada itu, BPA sentiasa menyokong usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri dalam menangani pandemik COVID-19.
Selain menyalurkan sumbangan berbentuk makanan dan minuman kepada petugas barisan hadapan, BPA turut menyalurkan bantuan tenaga kakitangan untuk bertugas sebagai sukarelawan di beberapa pusat pemberian vaksin di Bintulu. -EDISI UKAS