JUMAAT, 27 OGOS 2021
KUCHING: Menjelang sambutan Hari Kebangsaan pada hujung bulan ini, Pustaka Negeri Sarawak akan mengadakan Siri Ceramah Sarawakiana yang bertajuk Hari Kemerdekaan “Move Forward & Work Together” di laman media sosial Facebook dan YouTube Pustaka Negeri Sarawak pada Selasa, 31 Ogos 2021, jam 10:00 pagi.
Ceramah ini akan disampaikan Pensyarah Kanan dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Dr. Juna Liau.
Tambah kenyataan Pustaka Negeri Sarawak, ceramah itu akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Kajian Masyarakat di Malaysia: Unity atau Diversity.
Ia menceritakan bagaimana kehidupan bermasyarakat serta menerangkan kepentingan perpaduan dan kepelbagaian yang ada di Malaysia serta bagaimana mara ke hadapan dan bekerjasama dalam pelbagai aspek dan kaum di Malaysia.
Bahagian kedua pula mengenai visi dan misi pendidikan negara serta kepentingan pendidikan terutamanya semasa pandemik COVID-19.
Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai dengan mendaftar di https://www.pustaka-sarawak.com/apps/events/index-event.php?eid=EVE1629357072
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh berhubung dengan Dayang Nur Syima Awang Adrus (cmasyima@sarawak.gov.my) dan Aidashermilla Hashim (aidasheh@sarawak.gov.my) di talian 082-440488.-EDISI UKAS