Lee Serah Geran Tahunan Sekolah, Tinjauan Projek Menurap Semula Tempat Letak Kereta

JUMAAT, 27 OGOS 2021

MIRI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin Datuk Lee Kim Shin telah menyampaikan geran tahunan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) Shung San pada Jumaat. 

Geran ini digunakan untuk menaik taraf kemudahan infrastruktur di sekolah supaya suasana belajar dapat dipertingkatkan

Misalnya, pembinaan ruang mencuci tangan untuk pelajar-pelajar sekolah sebagai langkah menjaga kebersihan sendiri bagi murid untuk mencegah sebarang kuman dan virus.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengurusan SJKC Chung San, Chai Ming Kian, Guru Besar SJK (C) Chung San Choo Chong Lok dan Kapitan Jee Kee Hiong.

Dalam lawatan berasingan, Datuk Lee yang juga Menteri Pengangkutan Sarawak turut mengadakan lawatan tapak bagi meninjau perkembangan projek menurap semula tempat letak kereta di Masjid Darul Falah Kampung Lembah Hijau.

Projek ini merupakan permohonan Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Falah pada awal tahun ini dan telah berjaya disiapkan dengan menampung lebih 10 buah kenderaan serta memberi keselesaan dan keselamatan jemaah meletak kenderaan khususnya pada setiap waktu solat.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Lembah Hijau yang juga Ketua Kaum Adam Malek Han dan AJK Masjid Darul Falah. -EDISI UKAS