Paulus Serah RM453,000 Geran MRP Kepada JKKK, NGO DUN Batu Danau

JUMAAT, 27 OGOS 2021

LIMBANG: Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) memanfaatkan peruntukan yang disalurkan secara berhemah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang berkata, justeru menjadi tanggungjawab JKKK mengurus tadbir kewangan kampung secara telus dengan mengemukakan penyata kewangan dan membentangkan aliran perbelanjaan. 

“Kepada masyarakat dan kampung-kampung supaya kita sama-sama dapat menikmati dalam keadaan yang susah ini. 

“Itulah sebabnya satu daripada peranan yang dapat dimainkan JKKKK,” katanya semasa berucap Penyerahan Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) DUN Batu Danau di Dewan Kampung Bunga Raya, Limbang pada Jumaat. 

Seramai 41 orang penerima terdiri daripada JKKK dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) menerima geran MRP yang berjumlah RM453,000. 

Dalam pada itu, Paulus turut menjelaskan gangguan bekalan elektrik yang berlaku baru-baru ini di beberapa kampung dalam kawasan DUN Batu Danau.

Katanya, Sarawak Energy Berhad (SEB) mematuhi prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dengan menutup bekalan elektrik jika berlaku insiden banjir besar untuk keselamatan penduduk kampung daripada terkena renjatan elektrik.

Hadir sama Ketua Masyarakat Iban Temenggung Wilie Marum Liau, Ketua Masyarakat Bisaya Temenggong Nickholas Buyok Pura, Pemanca Jun Sillah, Penghulu Ekit Awang dan Penghulu Lalam Sambat.-EDISI UKAS