Projek Gereja SDA Kampung Tarat Mawang Dijangka Siap Februari 2022

JUMAAT, 27 OGOS 2021

SERIAN: Projek Gereja SDA Kampung Tarat Mawang di sini yang dibangunkan menerusi peruntukan sebanyak RM150,000 dijangka siap pada Februari tahun depan.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat, Datuk Roland Sagah Wee Inn telah menyaksikan serah tapak projek berkenaan pada Jumaat.

Menurut beliau, projek berkenaan dibina bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) mulai 27 Ogos ini dan dijangka siap pada 26 Februari 2022.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, sekiranya ada isu berkaitan projek tersebut, pihak Jawatankuasa Pembangunan Gereja SDA Kampung Tarat Mawang harus melaporkan terus kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Serian untuk tindakan lanjut. -EDISI UKAS