Toh Puan Raghad Sumbang Wang Tunai Dan Bantuan Makanan Sempena Majlis Jalinan Kasih

JUMAAT, 27 OGOS 2021

KUCHING: Isteri kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib meneruskan pemberian sumbangan wang tunai dan bantuan makanan menerusi Majlis Jalinan Kasih di Kampung Gita Laut pada Khamis.

Penyerahan bantuan melibatkan 20 penerima dari kampung tersebut bagi meringankan beban mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Dalam program lain, Toh Puan Raghad turut memberikan sumbangan yang sama kepada 30 penerima yang terdiri daripada golongan asnaf, ibu tunggal dan fakir miskin dari Kampung Masjid hingga ke Kampung No.6.

Para penerima merakamkan penghargaan kepada Toh Puan Raghad atas keprihatinan beliau bagi membantu golongan yang memerlukan ketika berdepan dengan pandemik COVID-19.

Turut hadir ialah Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga Dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah. –EDISI UKAS