Datuk Sebastian Ting Sumbang Bakul Makanan, Lawat BSN Cawangan Miri

SABTU 28 OGOS 2021

MIRI: Sebanyak 100 set bakul makanan telah disampaikan kepada Instruktor Institut Memandu Bahagian Miri di Akademi Memandu E G Sdn Bhd pada Rabu

Penyampaian bakul makanan tersebut telah disempurnakan Menteri Muda Pelancongan dan Kesenian Sarawak Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.

Datuk Sebastian berkata, susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lepas, operasi institusi memandu di Miri tidak beroperasi sejak tempoh tiga bulan yang lepas.

Justeru beliau berharap agar institut memandu akan kembali beroperasi seperti biasa selepas ini.

Seramai 20 orang instruktor akademi memandu di Bahagian Miri telah hadir untuk menerima bantuan bakul makanan tersebut.

Dalam program berasingan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau itu turut melakukan lawatan ke Bank Simpanan Nasional (BSN) Cawangan Miri.

Prihatin dengan orang ramai yang sedang berbaris menunggu giliran untuk mendapatkan bantuan yang diberikan kerajaan beliau telah mengagihkan air minuman dan pelitup separuh muka kepada mereka.

Dalam lawatan tersebut, Datuk Sebastian Ting turut menyatakan harapan agar isu barisan menunggu yang panjang ini khususnya melibatkan penerima-penerima Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS), Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dari kawasan-kawasan pedalaman Miri dapat diselesaikan dengan segera.

Katanya, beliau telah membawa isu barisan menunggu panjang membabitkan hampir semua bank BSN di seluruh Sarawak semasa mesyuarat Kabinet Sarawak pada Khamis lepas.-EDISI UKAS