Jabatan Penerangan Long Lama Anjur Program Sepakat Komuniti

SABTU 28 OGOS 2021

BARAM: Jabatan Penerangan Long Lama telah mengadakan Program Sepakat Komuniti di Perkarangan Pejabat Daerah Telang Usan, Long Lama pada Jumaat.

Program berkenaan adalah insiatif bagi menggalakkan orang ramai memasang Jalur Gemilang, sekali gus menyuntik semangat meraikan sambutan Hari Kebangsaan.

Sebanyak tiga buah agensi terlibat dalam program itu iaitu Pejabat Daerah Telang Usan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Long Lama dan  Pejabat Pos Long Lama.

Program ini adalah berbentuk penyerahan bendera kepada peserta yang hadir termasuk melekatkan bendera pada kenderaan yang melalui di kawasan program itu dijalankan.

Sementara itu, Penolong Pegawai Penerangan Jua Daud ketika ditemui berkata, rakyat di kawasan ini diseru untuk turut mengambil inisiatif mengibarkan jalur gemilang sebagai menghormati bulan kemerdekaan.-EDISI UKAS