AHAD, 29 OGOS 2021
SEBUYAU: Pemilik kedai makan di sekitar Pekan Sebuyau mematuhi arahan larangan ‘dine in’ yang dikuatkuasakan bermula 22 Ogos lepas.
Tinjauan yang dilakukan mendapati rata-rata penduduk menyambut baik keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dan pemilik kedai hanya menyediakan perkhidmatan bungkus dan bawa balik sahaja.
Dalam pada itu, kesemua pekerja di kedai makan juga mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dengan melakukan penjarakan sosial serta memakai pelitup muka.
Sementara itu, orang ramai terus dinasihati agar terus
berada di rumah sekiranya tidak mempunyai urusan penting di luar rumah bagi
membantu kerajaan negeri memutuskan rantaian COVID-19. -EDISI UKAS