AHAD, 29 OGOS 2021
KUCHING: Penduduk Kampung Sungai Maong yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) menerima sumbangan bantuan makanan dari Pusat Khidmat ADUN Satok.
Bantuan berupa keperluan asas itu disampaikan oleh Timbalan Ketua Cawangan PBB N.8 Satok, Dato Ibrahim Baki di pekarangan Masjid Istiqalal Kampung Sungai Maong.
Penyerahan bantuan dilakukan kepada Ketua Ranting PBB Sungai Maong, Abdul Latip Salleh dan Ketua Kaum Kampung Sungai Maong, Masni Mohri sebagai mewakili penduduk kampung.
Program ringkas yang dijalankan itu juga mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Turut hadir, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak, Abdul Samat Gany dan Pengerusi Task Force Covid-19 (TAFC-19) N8 Satok, Hilmy Othman.
Pelaksanaan PKPD di kampung berkenaan dikuatkuasakan sehingga 2 September depan. -EDISI UKAS