Pusat Khidmat Ahli Parlimen Petra Jaya Terus Agih Bantuan Makanan

AHAD, 29 OGOS 2021

KUCHING: Susulan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Gita Lama, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Petra Jaya terus mengagihkan sumbangan bakul makanan asas dan kebajikan kepada penduduk di situ pada Sabtu.

Simbolik penyerahan telah disempurnakan oleh Pegawai Pusat Khidmat, Morshidi Sa-id yang mewakili Ahli Parlimen Petra Jaya, Dato Sri Fadillah Yusof.

Sumbangan diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Gita Lama, Zaki Amini.

Bantuan itu adalah sebagai menjaga kebajikan kepada semua penduduk-penduduk di DUN Tupong , DUN Satok dan DUN Samariang.-EDISI UKAS