Ahli Parlimen Kota Samarahan Serah Peruntukan Kepada Tujuh Pertubuhan

SELASA, 31 OGOS 2021

KOTA SAMARAHAN : Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang telah menyerahkan geran peruntukan kepada tujuh pertubuhan di kawasan berkenaan.

Majlis ringkas anjuran Pusat Khidmat Parlimen Kota Samarahan itu diadakan di pejabatnya di Taman Desa Ilmu Samarahan.

Antara penerima geran tersebut ialah Majlis Guru Besar Daerah Serian, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Samarahan, PDK Sri Melayu, PDK Asajaya, Jawatankuasa Rukun Tetangga Desa Damai, Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Samarahan dan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Sarawak.

Sementara itu, Rubiah Wang sempat mengingatkan kepada wakil-wakil pertubuhan supaya menjalankan peranan dalam membantu kerajaan khususnya terhadap masyarakat sepanjang pandemik COVID-19 melanda negara.-EDISI UKAS