SELASA, 31 OGOS 2021
MIRI: Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan 2021, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Miri telah mengadakan kempen Mengibarkan Jalur Gemilang dan Kempen Satu Rumah Satu Jalur Gemilang pada hari Ahad.
Kedua-dua kempen ini telah diadakan di Stesen Minyak PETRONAS Jalan Bulan Sabit Miri dan kawasan perumahan Krokop yang disempurnakan Datuk Bandaraya Miri Adam Yii Siew Sang.
Pada kempen itu, sebanyak 200 set bendera Jalur Gemilang dan bendera Sarawak telah diagihkan kepada Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Krokop dan orang ramai.
Menurut Penolong Pegawai Perpaduan Bahagian Miri Ikhwan Mohd Hanapi, penganjuran kempen ini adalah untuk menyemai semangat nasionalisma dan sayangkan negara dan negeri sempena Hari Kebangsaan ini.-EDISI UKAS