SELASA, 31 OGOS 2021
MATU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Dato’ Murshid Diraja Dr Juanda Jaya mengajak seluruh rakyat di Malaysia khususnya di Sarawak agar terus bersatu padu dan bersama memajukan negara ini.
Beliau berkata semua rakyat berpayung di bawah Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang akan memastikan kemakmuran negara dinikmati bersama.
Ditemui UKAS ketika turun padang di kawasan Jemoreng baru-baru ini sempena Program Seminar Kepimpinan Komuniti, beliau menambah ‘keluarga besar’ Malaysia juga harus mengenepikan apa-apa perbezaan dan bersatu mempertahankan kemerdekaan negara ini. – EDISI UKAS