2,800 Pelajar Di Sibu Terima Baucer Bantuan Pakaian Seragam Sekolah Yayasan Sarawak 2021

RABU, 1 SEPTEMBER 2021

SIBU: Seramai 2,800 orang pelajar di bahagian Sibu menerima baucer bantuan pakaian seragam sekolah menerusi Program Bantuan Pakaian Seragam Sekolah Yayasan Sarawak 2021.

Penyerahan baucer disampaikan oleh Residen Bahagian Sibu, Wong Hee Sieng kepada Pegawai Pendidikan Daerah Sibu,Pegawai Daerah Kanowit, wakil Pegawai Daerah Selangau pada Rabu.

Penerima baucer melibatkan 1,850 orang pelajar dari Sibu, 500 orang dari Kanowit dan 450 orang lagi dari Selangau.

“Bantuan ini terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah sahaja dan keutamaan diberikan kepada pelajar Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada tahun 2021.

“Ianya juga terdiri daripada pelajar miskin, berkeperluan khas (OKU) dan dari pedalaman,” jelas Wong.

Dalam pada itu, Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sibu, Jackery Hillary Chukan menyokong inisiatif pihak Yayasan Sarawak bagi membantu keluarga yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

“Inisiatif Yayasan Sarawak ini amat bagus bagi meringankan beban dan membantu para ibu bapa untuk persediaan persekolahan anak-anak yang terjejas akibat pandemik COVID-19,” katanya. – EDISI UKAS

Share
0

add comment