ADUN Tarat Saksi Serah Dua Projek RTP Di Kampung Petung

RABU, 1 SEPTEMBER 2021

SERIAN: Menteri Muda Pemodenan Pertanian Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Datuk Roland Sagah Wee Inn menyaksikan penyerahan projek membaik pulih siling bangunan dan menambah baik Gereja Katolik St Jerome Kampung Petung, pada Rabu.

Projek yang berjumlah RM150,000 itu adalah di bawah peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) yang akan bermula pada 6 September 2021 dan dijangka siap pada 5 November 2021.

Turut diserahkan juga projek bernilai RM500,000 juga adalah di bawah RTP yang dikendalikan yang akan memulakan projek pada 14 September 2021 dan dijangka siap pada 13 Januari 2022.

Sementara itu, dalam ucapan ringkasnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat tersebut berpesan, sekiranya ada isu atau ketidakpuasan hati berkaitan projek sepanjang projek berjalan, pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Petung boleh melaporkan terus kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Serian selaku agensi bertanggungjawab untuk tindakan lanjut.-EDISI UKAS

Share
0

add comment