LKIM Wilayah III Miri Sumbang 250 Kg Ikan Segar Beku

RABU, 1 SEPTEMBER 2021

MIRI: Penularan wabak pandemik COVID-19 telah memberi kesan besar kepada ekonomi dan pendapatan penduduk.

Menyedari hal ini, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) III Miri telah memberikan sumbangan berupa 250 kilogram ikan segar beku (Q-Fish) beberapa wakil kampung dalam daerah Subis di Pejabat Daerah Subis pada Rabu. 

Sumbangan ini bertujuan meringankan beban penduduk yang terkesan akibat COVID-19.

Simbolik penyerahan ringkas ikan segar beku (Q-Fish) ini telah Pegawai Wilayah LKIM Wilayah III Miri Raymond Rosidih kepada beberapa wakil kampung dan disaksikan Pemangku Pegawai Daerah Subis Minggu Jampong.

Hadir sama Pegawai Seranta SAO Dr James Jam Jolly dan Pegawai Menguasa Niah SAO Mohd Fazly Juna.-EDISI UKAS

Share
0

add comment