RABU, 1 SEPTEMBER 2021
KOTA SAMARAHAN: Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang membuat lawatan kerja bagi pemeriksaan dan juga cadangan penambahbaikan sistem saliran di Kampung Nangka dan Kampung Entingan pada Selasa.
Menurut beliau, Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Samarahan diminta untuk mempersiapkan segala usaha bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana banjir di Daerah Samarahan.
Tambahnya, selain menaik taraf sistem perparitan dan saliran di kampung tersebut, beliau turut memberitahu supaya adanya satu mekanisme baru dalam mengatasi masalah banjir tersebut.
“Tasik takungan air hujan berpusat penting bagi memastikan limpahan air hujan dapat dialirkan di kawasan takungan tersebut sebelum disalirkan ke kawasan sungai-sungai utama seperti Sungai Sabang dan Sungai Batang Samarahan,” katanya.
Turut hadir, Ketua Kaum Kampung Nangka, Minggu Julang dan kakitangan daripada DID Samarahan. -EDISI UKAS