PKPD: 150 Orang Penduduk Kampung Tambirat Lot Terima Bantuan Makanan

RABU, 1 SEPTEMBER 2021

KOTA SAMARAHAN: Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah manyalurkan sumbangan bekalan makanan kepada 150 buah keluarga di Kampung Tambirat Lot, pada Isnin.

Kampung Tambirat Lot telah diarahkan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 22 Ogos lalu.

Sementara itu, bantuan bekalan makanan tersebut merupakan bantuan tambahan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Samarahan.

Kedu-dua wakil rakyat juga berharap agar penularan wabak COVID-19 di daerah Asajaya dan Kota Samarahan kembali pulih.

Dalam pada itu, Ketua Kaum Kampung Tambirat Lot, Zamzari Suut, menzahirkan ucapan terima kasih kepada Ahli Parlimen Kota Samarahan dan ADUN Asajaya di atas keprihatinan dalam memenuhi keperluan penduduk sepanjang PKPD tersebut. -EDISI UKAS

Share
0

add comment