Projek Pasang ‘Roller Shutter’, Baik Pulih Siling & Bangunan Gereja Katolik St Jerome Kampung Petung Dijangka Siap November 2021

RABU, 1 SEPTEMBER 2021

SERIAN: Penduduk Kampung Petung bakal memiliki kemudahan ‘roller shutter’ yang akan dipasang di Gereja Katolik St Jerome di kampung berkenaan menerusi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP).

Selain projek itu, siling dan bangunan gereja tersebut juga akan ditambah baik untuk manfaat umat Kristian dalam tempoh masa panjang.

Nilai keseluruhan projek tersebut adalah sebanyak RM150,000 dan ia di bawah peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP).

Difahamkan projek tersebut akan bermula pada 6 September ini dan dijangka siap pada 5 November 2021.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat, Datuk Roland Sagah Wee Inn telah menyaksikan serah tapak projek di antara pengerusi Gereja Katolik St Jerome Petung dan kontraktor bertanggungjawab M & M Cunstruction pada Rabu.

Sementara itu, dalam ucapan ringkasnya, Datuk Roland berharap pihak kontraktor dapat melaksanakan kerja-kerja pembinaan mengikut jadual serta speksifikasi yang ditetapkan.

Beliau juga berpesan kepada pihak jawatankuasa gereja melaporkan terus kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Serian selaku agensi bertanggungjawab untuk tindakan lanjut sekiranya wujud masalah berkaitan projek. -EDISI UKAS

Share
0

add comment