RTP: Kerajaan Sarawak Bina Dewan Serbaguna Kampung Petung

RABU, 1 SEPTEMBER 2021

SERIAN: Kerajaan negeri terus membawa pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tarat dengan pembinan Dewan Serbaguna Kampung Petung yang dijangka siap pada 13 Januari tahun depan.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Roland Sagah berkata, projek itu dibangunkan menerusi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dengan kos sebanyak RM500,000.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat itu menambah, projek berkenaan akan mula dilaksanakan pada 14 September ini oleh kontraktor bertanggungjawab DLJ Construction.

Sementara itu dalam ucapan ringkasnya pada Rabu, beliau berharap, semua pihak yang terlibat dalam projek berkenaan akan melakukan yang terbaik bagi manfaat penduduk kampung. -EDISI UKAS