KHAMIS 2 SEPTEMBER 2021
TELANG USAN: Seramai 217 orang individu telah menerima suntikan vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Long Lama pada Selasa.
Daripada jumlah tersebut, 202 individu menerima suntikan vaksin dos kedua dan 15 orang pula mengambil vaksin dos pertama.
Sementara itu, 80 peratus daripada 202 individu yang menerima vaksin COVID-19 dos lengkap merupakan warga asing Indonesia yang tiada dokumen yang bekerja di ladang kelapa sawit di sekitar Telang Usan.
Ini jelas menunjukkan, penduduk Baram yang terdiri daripada kaum Penan dan warga asing yang bekerja di ladang sedar dan tampil untuk mendapatkan vaksin COVID-19.-EDISI UKAS