KHAMIS, 2 SEPTEMBER 2021
KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang turun padang menyempurnakan simbolik penyerahan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Fasa 2 Dewan Serbaguna Kampung Bukit Panchor pada Rabu.
Beliau yang juga Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Padawan memberitahu, meskipun menghadapi kekangan ketika pandemik COVID-19, beliau amat berpuas hati dengan pelaksanaan projek yang bernilai RM150,000 tersebut dalam tempoh 16 minggu.
“Saya akan meneruskan usaha dengan kerjasama pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi pelaksanaan Fasa 3 projek ini,” katanya. –EDISI UKAS