ADUN Daro Serah Cek MRP Kepada 19 Penerima Di Sibu

KHAMIS, 2 SEPTEMBER 2021

SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad menyempurnakan majlis penyampaian cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) di Pejabat Daerah Sibu, pada Rabu.

Penerima cek berjumlah RM94,000 tersebut melibatkan Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) kawasan Lengan dan Batang Lassa termasuk Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bawang Assan.

Dalam program sama, Safiee turut menyampaikan Sijil Pelanjutan Tuai Rumah kepada Tuai Rumah Francis Pengarah, Tuai Rumah Jimbau Damu dan Jinga Kedit, manakala Sijil Pelantikan Baharu Tuai Rumah kepada Stephen Bungkok.

Mengulas mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP), beliau berharap agar pihak JKKK turut bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam usaha mengekang penularan COVID-19.

“Sekarang adalah masanya untuk semua JKKK bertindak tegas dan berganding bahu bagi memastikan keselamatan penduduk di kawasan masing-masing,” katanya. –EDISI UKAS

Share
0

add comment