ADUN Lingga Turun Padang Serah Sumbangan Bakul Makanan Kepada Lima Buah Keluarga

KHAMIS, 2 SEPTEMBER 2021

SIMANGGANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri turun padang menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada lima buah keluarga yang menjalani kuarantin kendiri pada Rabu.

Penerima bantuan melibatkan empat keluarga dari Kampung Tanah Baru Sembau dan sebuah keluarga dari Kampung Datuk Hilir.

Simoi berharap agar sumbangan tersebut dapat meringankan beban mereka ketika berdepan dengan pandemik COVID-19. –EDISI UKAS

Share
0

add comment