ADUN Tebedu Terima Kunjungan Hormat Daripada Majlis Pengetua Sekolah Menengah Daerah Serian

KHAMIS, 2 SEPTEMBER 2021

KUCHING: Menteri Pendidikan, Sains Dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Datuk Amar Michael Manyin Jawong menerima kunjungan hormat daripada Majlis Pengetua Sekolah Menengah Daerah Serian di pejabatnya di Baitulmakmur Petra jaya, pada Rabu.

Kunjungan tersebut bertujuan membincangkan prestasi pencapaian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020, persediaan sekolah menengah di daerah Serian menghadapi SPM 2021 dan pekara lain yang berkaitan sepanjang pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR).

Datuk Amar Michael yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu memberitahu, kementeriannya sentiasa komited membantu sekolah di Sarawak dari segi pembangunan fizikal dan modal insan khususnya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Justeru, beliau menegaskan agar pihak sekolah khasnya barisan pengetua, penolong kanan dan guru turut bekerjasama dalam merancang pelaksanaan PDPR yang berkesan. –EDISI UKAS

Share
0

add comment