Ahli Parlimen Santubong Sumbang 160 Pek Makanan Kepada Penduduk Kampung Sungai Rayu Iban & Kampung Sungai Rayu

KHAMIS, 2 SEPTEMBER 2021

LUNDU: Ahli Parlimen Santubong, Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberikan sumbangan kepada penduduk Kampung Sungai Rayu Iban dan Kampung Sungai Rayu pada Khamis.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Lundu dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan (JKK) Kampung Sungai Rayu Iban.

Penerima bantuan melibatkan 129 Ketua Isi Rumah (KIR) dari Kampung Sungai Rayu Iban dan 31 KIR dari Kampung Sungai Rayu. –EDISI UKAS

Share
0

add comment