Berkonsepkan Teknologi Hijau, TDV Bakal Jadi Pusat Inovasi Berteknologi Tinggi

KHAMIS, 02 SEPTEMBER 2021

KUCHING : Bangunan TEGAS Digital Village (TDV) yang sedang dalam pembinaan di Sama Jaya High Tech Park bakal menerapkan konsep teknologi hijau seiring dengan usaha memelihara alam semulajadi.

Menurut Ketua Menteri, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Tun Datuk Abang Openg, konsep yang diterapkan pada pembinaan TDV adalah selari dengan dasar 2030 kerajaan negeri dalam mengekalkan kestabilan alam sekitar.

“Semua alat elektronik akan dikawal dengan menggunakan alat sensori khas bagi mengawal kepanasan kerana dunia hari ini mengalami perubahan klimat, sebab itulah di bawah Dasar 2030, kita tekankan kepada kestabilan alam sekitar”, ujar beliau semasa mengadakan lawatan ke tapak pembinaan TDV di Sama Jaya High Tech Park, di sini pada Khamis.

Terdahulu Ketua Menteri dibawa meninjau persekitaran TDV sambil diiringi Pengerusi TEGAS, Datu Len Talif Salleh serta Ahli-Ahli Lembaga Amanah Tegas, Datuk Jerip Susil, Abdullah Saidol, Datuk Snowdan Lawan, Dr Hazland Abang Hipni, Abdul Yakub Haji Arbi, Gerald Rentap Jabu dan Awangku Merali Pengiran Mohamed. -EDISI UKAS

Share
0

add comment