Datuk Amar Jaul Tinjau Tapak Pembinaan Jambatan Batang Kemena

KHAMIS, 2 SEPTEMBER 2021

BINTULU: Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Jaul Samion telah mengadakan tinjauan ke tapak Pembinaan Jambatan Batang Kemena, Sebauh pada Rabu. 

Dalam lawatan itu, beliau telah diberikan taklimat berkenaan dengan progres pembinaan jambatan tersebut oleh Kontraktor Juara Beetuah Sdn. Bhd. 

Pembinaan Jambatan Batang Kemena ini mengalami kelewatan disebabkan faktor cuaca yang tidak menentu, isu tanah dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penularan pandemik COVID-19. 

Projek ini menelan kos RM89,779,694.48 dan dijangka siap pada Disember 2022. 

Skop pembinaannya merangkumi penyiapan dua lorong jalan raya tunggal Jabatan Kerja Raya (JKR) R3 Standard (Jalan A) sepanjang kira-kira 2.306 kilometer termasuk jambatan jarak panjang utama sekitar 729 meter melintasi Batang Kemena. 

Hadir sama Pengarah Unit Pemantauan Pelaksanaan Negeri (UPPN) Azmi Bujang, Penolong Pengarah UPPN Suteresno Piang dan Chua Siong Wei, Residen Bahagian Bintulu Jack Aman Luat, Timbalan Residen Bahagian Bintulu Hussaini Hakim, Pegawai Daerah Bintulu Muhammad Dino Amid, Pegawai Daerah Sebauh William Manggoi, Pegawa Daerah Tatau Calvin Ligong dan Jurutera Bahagian Bintulu (JKR) Lau Pit Hwa.-EDISI UKAS

Share
0

add comment