Jabatan Penerangan Daerah Lundu Sumbang 25 Pek Bakul Makanan Sempena Program Sepakat@Komuniti

KHAMIS, 2 SEPTEMBER 2021

LUNDU: Jabatan Penerangan Daerah Lundu memberikan sumbangan 25 pek bakul makanan kepada Bank Makanan Daerah Lundu bersempena dengan Program Sepakat@Komuniti Malaysia Prihatin 2021 pada Khamis.

Sumbangan disampaikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Lundu, Juliana Abdullah kepada Masjid Pehin Sri Adenan Satem yang merupakan pihak pengurusan bank makanan tersebut.

Bank Makanan Daerah Lundu telah ditubuhkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu bagi membantu rakyat yang mempunyai kekangan mendapatkan bekalan makanan. –EDISI UKAS

Share
0

add comment