Kerja Baik Pulih Jalan Utama Dari Simpang Jemukan Ke Sadong Jaya Sedang Dilaksanakan

KHAMIS, 2 SEPTEMBER 2021

KOTA SAMARAHAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Aidel Lariwoo turun padang untuk membuat pemantauan kerja membaik pulih jalan utama dari simpang Jemukan ke Sadong Jaya pada Rabu.

Jalan Utama ke Sadong Jaya telah rosak akibat dari kerja Pembesaran Jalan Pesisir dari Sadong Jaya ke Asajaya seterusnya ke Samarahan-Kuching.

Aduan telah banyak dibuat oleh pengguna jalan raya melalui media sosial dan ADUN Sadong Jaya sudah pun menjelaskan bahawa kerosakan tersebut disebabkan oleh kerja membaikpulih jalan yang sedang dilaksanakan.

Dalam pada itu, ADUN Sadong Jaya menzahirkan penghargaan kepada pengguna jalan raya yang sangat prihatin serta berpesan untuk terus bersabar sementara kerja membaik pulih jalan tersebut masih dilaksanakan. -EDISI UKAS

Share
0

add comment