Paras Air Sungai Tutoh Naik, SK Long Panai Dinaiki Air

KHAMIS, 2 SEPTEMBER 2021

MARUDI: Keadaan cuaca yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini telah menyebabkan beberapa kawasan rendah dinaiki air.

Paras air Sungai Tutoh turut menunjukkan trend menaik disebabkan hujan turun di bahagian hulu sungai dengan membawa aliran air yang deras.

Hasil tinjauan Wartawan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) mendapati Sekolah Kebangsaan (SK) Long Panai telah dinaiki sejak awal pagi Selasa. 

Sehingga jam 9.00 pagi Rabu, air masih naik hingga menjejaskan kawasan padang sekolah, kuarters guru, rumah genset dan rumah pam telaga air. 

Sehingga laporan ini dibuat, paras air berada di kedalaman 4.3 kaki dan tiada sebarang pemindahan mangsa banjir.-EDISI UKAS

Share
0

add comment