Pemangku Pegawai Daerah Subis Tinjau Kawasan Banjir, Projek PPRT

KHAMIS, 2 SEPTEMBER 2021

SUBIS: Hujan lebat yang berterusan telah menyebabkan beberapa kampung di Daerah Subis telah dinaiki air selepas paras air Sungai Bekelit menaik.

Pemangku Pegawai Daerah Subis, Minggu Jampong telah mengadakan lawatan ke Rumah Jambai, Sibuti pada Rabu bagi melihat kawasan yang mengalami banjir baru-baru ini. 

Menurut Tuai Rumah Jambai Jali, tiga pintu rumah telah terjejas akibat banjir tersebut. 

Selain itu, banjir ini telah menyebabkan jalan terputus hingga menyebabkan penduduk tidak dapat pergi ke kebun untuk mengutip hasil tanaman mereka. 

Ketika lawatan ini, keadaan air Sungai Bekelit mula beransur surut. 

Selepas itu, Minggu turut mengadakan lawatan ke Kampung Keluru Jaya bagi meninjau salah satu Projek Rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bagi kawasan Daerah Subis. 

Katanya, beliau berharap kontraktor yang dilantik dapat menyiapkan rumah tersebut pada tempoh yang ditetapkan dengan kualiti pembinaan rumah dalam keadaan baik.-EDISI UKAS 

Share
0

add comment