Pembinaan Bangunan Pentadbiran Baru Bintulu Perlu Disiapkan Mengikut Tarikh Baharu – Datuk Amar Jaul

KHAMIS, 2 SEPTEMBER 2021

BINTULU: Selain Pembinaan Jambatan Bintulu-Jepak dan Jambatan Batang Kemena, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Jaul Samion turut melakukan lawatan ke tapak Projek Bangunan Pentadbiran Baru Bintulu pada Rabu. 

Lawatan itu bagi meninjau progres pembinaan Bangunan Pentadbiran Baru Bintulu yang kini sedang dilaksanakan dengan kos RM117,916,161.60 dan dijangka siap pada Jun 2022. 

Terdahulu, beliau telah diberikan taklimat mengenai pembinaan Bangunan Pentadbiran Baru Bintulu itu yang kini telah siap 23.88 peratus. 

Projek ini mengalami kelewatan disebabkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selain faktor tanah dan kekurangan bahan binaan. 

Datuk Amar Jaul memberitahu kelewatan pembinaan ini telah menjejaskan tarikh cadangan asal dan mahu kontraktor menyiapkan jalan ini mengikut tarikh baharu seperti yang ditetapkan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Hadir sama Pengarah Unit Pemantauan Pelaksanaan Negeri (UPPN) Azmi Bujang, Penolong Pengarah UPPN Suteresno Piang dan Chua Siong Wei, Residen Bahagian Bintulu Jack Aman Luat, Timbalan Residen Bahagian Bintulu Hussaini Hakim, Pegawai Daerah Bintulu Muhammad Dino Amid, Pegawai Daerah Sebauh William Manggoi, Pegawa Daerah Tatau Calvin Ligong dan Jurutera Bahagian Bintulu (JKR) Lau Pit Hwa.-EDISI UKAS

Share
0

add comment