PKPD: ADUN Sebuyau Salur Bantuan Makanan Kepada Petugas Barisan Hadapan

KHAMIS, 2 SEPTEMBER 2021

SEBUYAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Julaihi yang diwakili Pemanca Masyarakat Melayu Daerah Simunjan, Asli Yahya menyalurkan sumbangan bekalan makanan kepada petugas barisan hadapan Sekatan Jalan Raya (SJR) di Pekan Sebangan, Kampung Lutong dan Kampung Menek Sebangan pada Rabu.

Pekan Sebangan, Kampung Lutong dan Kampung Menek Sebangan telah diarahkan menjalani Perintah Kawalan Pergerakkan Diperketatkan (PKPD) yang bermula 1 September lepas.

Sementara itu, SJR telah didirikan di kawasan Kampung Menek Sebangan untuk memastikan penduduk kampung tidak keluar dan orang luar juga tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan PKPD tersebut.

Asli Yahya yang mewakili Datuk Julaihi seterusnya menzahirkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan atas usaha memastikan pengguna jalan raya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Para petugas barisan hadapan dalam pada itu, mengucapkan ribuan terima kasih kepada ADUN Sebuyau di atas sumbangan tersebut. -EDISI UKAS

Share
0

add comment