PKPD: Pusat Khidmat GPS Engkilili Salur Bantuan Makanan Kepada Rumah Panjang Panjang Tr. Mendali

KHAMIS, 2 SEPTEMBER 2021

ENGKILILI: Pusat Khidmat GPS Engkilili telah manyalurkan bantuan bekalan makanan kepada penduduk Rumah Panjang Tr. Mendali, Buyong Panjai, Bangat Skrang pada Rabu.

Rumah Panjang Tr. Mendali telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula 22 Ogos lepas. 

Segala pergerakan penduduk rumah panjang tersebut sentiasa dipantau oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) untuk memastikan tiada sebarang pergerakan keluar dan masuk di kawasan tersebut.

Dalam pada itu, penduduk rumah panjang menzahirkan ucapan terima kasih kepada Pusat Khidmat GPS Engkilili di atas keprihatinan dalam meringankan beban penduduk yang terkesan akibat pandemik COVID-19. -EDISI UKAS

Share
0

add comment