Rumah Vincent Tanjung Upar Marudi Dinaiki Air

KHAMIS, 2 SEPTEMBER 2021

MARUDI: Hujan lebat yang turun sejak beberapa hari lepas telah menyebabkan keadaan air Sungai Tutoh dan Sungai Baram meningkat.

Wartawan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) yang meninjau di Rumah Vincent Tanjung Upar mendapati air mula naik di bawah rumah panjang tersebut. 

Rumah Vincent ini merupakan salah satu penempatan penduduk masyarakat Iban di tebingan Sungai Baram. 

Menurut penduduk, air mula naik setinggi dua kaki dan menunjukkan peningkatkan pada Sebelah pagi Khamis. 

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang pemindahan dilakukan dan keadaan terus dipantau dari semasa ke semasa.-EDISI UKAS

Share
0

add comment