Seramai 75 KMKK Hadir Program Kepolisan Komuniti Daerah Sarikei Siri 2

KHAMIS, 2 SEPTEMBER 2021

SARIKEI: Seramai 75 orang Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) telah menghadiri Program Komuniti Kepolisan Daerah Sarikei Siri 2 Semasa Peralihan Ke Pelan Pemulihan Negara Fasa 3.

Program yang dianjurkan Pejabat Daerah Sarikei di Sarikei Innovation Center (SIC) pada Khamis itu bertujuan memberi kesedaran pentingnya pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam Pelan Pemulihan Negara Fasa 3 serta memperkasakan tadbir urus Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang berintergriti.

Residen Sarikei, Felicia Tan Ya Hua dalam taklimat beliau bertajuk ‘Memperkasa Tadbir Urus JKK Yang Berintergriti Tinggi’ menekankan disiplin tinggi perlu ada pada setiap pemimpin akar umbi.

Ujarnya, mereka perlu bertanggungjawab dan telus dalam memberi khidmat terbaik untuk rakyat.

Terdahulu taklimat khusus tentang Covid-19 juga turut disampaikan Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei dan Pejabat Daerah Sarikei. -EDISI UKAS

Share
0

add comment