SK Long Lenei Dinaiki Air

KHAMIS, 2 SEPTEMBER 2021

MARUDI: Berikutan hujan lebat yang berlaku petang Selasa telah mengakibatkan air Sungai Lenei mula membanjiri kawasan rendah. 

Tinjauan wartawan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di lokasi kejadian mendapati Sekolah Kebangsaan (SK) telah dinaiki sejak jam 3:00 pagi.

Sehingga pagi Rabu, bacaan air sekitar 0.5 hingga 1.5 kaki bagi kawasan rendah dan 70 peratus kawasan sekolah telah dinaiki air. 

Bagaimanapun, tiada pemindahan mangsa banjir dilakukan dan keadaan sekolah dalam keadaan terkawal.-EDISI UKAS

Share
0

add comment