180 Orang Jalani Ujian Saringan ACD Di Dewan Masyarakat Kampung Lutong

JUMAAT, 3 SEPTEMBER 2021

SEBUYAU: Pejabat Kesihatan Daerah Simunjan mengadakan Pengesanan Kes Secara Aktif (ACD) di dua kawasan yang melibatkan Zon 1 (Pekan Sebangan dan Kampung Lutong) dan Zon 2 (Kampung Menek Sebangan) pada Jumaat.

Seramai 180 orang penduduk tampil menjalani ujian saringan ACD yang dikendalikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Simunjan dengan kerjasama petugas Klinik Kesihatan Sebangan.

Proses tersebut berjalan dengan lancar dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. –EDISI UKAS